بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

08 April 2012

Peguam bertukar rupa menjadi VAMPIRE

Maria Jose Cristerna, berusia 36 tahun adalah seorang ibu kepada 4 orang anak yang berasal dari Guadalajara,Mexico sanggup merubah diri & rupa dia kepada vampire. Maria ni bukan lah calang calang wanita, dia dulu peguam, hebat, tapi sayang, sebab kegagalan perkahwinan pertama dia, dia tekad ubah rupa dia. Jadi Maria ni merubah diri dia sebagai protes kepada masa silam dia..Dia berkahwin dengan lelaki pertama dia seawal umur 17 tahun. Disebabkan dia selalu kena pukul dengan bekas laki dia tu, dia rasa dengan cara dia ubah diri, dapat buat dia rasa kuat & tabah. Dia juga digelar ‘Mujer Vampiro’ yang bermaksud pontianak oleh masyarakat setempat. Berani nya dia ni, bukan sahaja ada tatoo hampir 90 % badan dia, dia juga tanam titanium untuk jadi macam tanduk pada dahi,tangan, & belakang badan. Tanduk ni bagi dia konon nya melambangkan kekuatan, tatoo pula lambang kebebasan bagi dia. Dia juga tukar warna mata & tanam gigi taring, jadi baru laa real pontianak !


gambar asal, cantik jugak kan dia sebelum ni? :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
BERTUKAR !!!!!!!






TAKUT TAK ?! huuuu, meh kita tengok apa yang dia dah buat pada muka dia

dasyat kan?

Maria Jose Cristerna ni, sudah pun mendirikan rumah tangga semula dengan pasangan nya David Pena, macam mana agaknya si David ni boleh terima Maria, itu hanya Davis yang tahu atau mungkin inilah yang dinamakan C.I.N.T.A itu buta, (cinta tak buta, cuma manusia yg tak tahu menghargai cinta : Ombak Rindu sikit ) haha

Maria & David

(klik gambar untuk zoom)

one happy family at home !

siapa yang ada facebook, boleh laa jenguk : Facebook Maria Jose Cristerna


p/s : kalau ye pun frust, tak brani kot buat sampai macam ni, org putih, macam2 =.='

07 April 2012

gambar masuk majalah?

wwitt witttt ( kembang kembang hidung )

drama sebabak, lokasi : Leisure Mall Cheras ( Kedai Buku Popular )

Di ruangan majalah..

yani : tengok majalah Lisa lah, mana tau ada gambar korang ( belek belek majalah dengan muka cool )
fida : hmmmmm ( takde respon, khusyuk belek majalah Jelita ( Yuna jadi cover girl kot, dalam siap ada isu best, trend hijab sekarang )
yani : ( khusyuk )

Beberapa minit kemudian..

yani : haaa, I told u, tengok ada gambar korang !
fida : mana mana ?!! ( dengan muka excited )
yani : ni haaa
fida : wahhh, nak beli nak beli ! ( sengeh sengeh macam cempedak goreng )
yani : tadi tak nak tengok, sekarang nak beli pulak ! =.='    <= muka yani macam ni, haha
fida : heheehee, ( sengeh lagi, terus pergi kaunter, tak kisah kena beratur panjang )


Majalah Lisa, RM 3.50 sahaja, murah dan awesome !

spot me ! si pendek !
muka selebeh balik dari kelas, ye ye saya yang berbaju kurung itu :')
 
 
 
 
p/s : kecoh je kan, heboh masuk majalah, haha..ekau raso bonci ko syg, alahaiiii,ekau ta suko, poie sano, jgn poduli eden, poie poie ! haha, just kidding, peace no war ! ;D




31 March 2012

Siapa Wanita Cantik?

Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah wanita yang :
 
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak, kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya, kita orang sekeliling tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar,kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya, dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya, malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya kerana baginya mereka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan, kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah mereka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA, dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
p.s : semoga suatu hari nanti aku tergolong dalam kelompok wanita cantik ini, InsyaAllah, amin :)♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

29 March 2012

Keldai dadah?

HAALLLOOOOOOOOOW!

Nah ambik gambar keldai sekor, huuu, kesian cik keldai tiba tiba kena panah !

Apakah maksud tersirat di sebalik keldai dadah?
Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau terpedaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain.

Taktik taktik yang selalu digunakan oleh keldai dadah ni adalah dengan tiga cara ya kawan kawan, iaitu sembunyi dalam kenderaan, dalam bagasi atau pakaian, & telan.

Kenapa tiba tiba kau bercerita pasal keldai dadah ni????

haaaa, jawapan nya adalah :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

hari ni saya & kawan kawan lain ikut program Seminar Kesedaran Rakyat Mengenai Keldai Dadah.. tu yang taip entry post pasal ni haa , ngeee, ;D



Okay, back to the main story, pada pukul 11 pagi kami semua berkumpul di dalam satu kelas dalam Kolej Universiti Masterskill juga untuk menghadiri seminar berkaitan keldai dadah ni.

Antara perkara perkara yang terkandung dalam seminar ni adalah :
1) Pengenalan : Kemnterian Hal Ehwal Luar @ Kementerian Luar Negara ( KLN )
2) Fungsi KLN.
3) Statistik & Jumlah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara. ( sedikit info berkaitan ni, sejak 1991 hingga akhir November 2011 seramai 1941 orang rakyat Malaysia telah dipenjarakan di luar negara di atas kesalahan kesalahan seperti penyeludupan dadah, membunuh, pemalsuan kad kredit, jenayah komersial, permedagangan manusia & lain lain. Tapi kesalahan yang paling tinggi jumlah nya adalah najis dadah iaitu seramai 889 orang!
4) Visi KLN.
5) Misi KLN.
6) Peranan KLN dalam menjaga & menjamin rakyat Malaysia di luar negara.
7) Keldai dadah.
8) Faktor faktor yang menyebabkan seseorang menjadi Keldai Dadah. ( Sedikit info : terdpat empat faktor utama iaitu kesempitan wang, terpedaya, nafsu : tawaran hidup mewah, jerat cinta : facebook, twitter ) nasib baik blog tak de, ngeeee >.<
9) Kesan penglibatan dari aspek sosial, ekonomi, dan politik.

Banyak kan? kalau nak taip mesti penat jari jemari !

jadi untuk maklumat lanjut sila klik link ni => Kementerian Luar Negara ( KLN )

Sebelum tu, nak selit kan pantun penceramah tadi :

Pelajar Masterskill pujaan hati,
Mengejar ilmu hingga ke Cheras,
Dadah bahaya haruslah dihindari,
Keldai dadah harus dibanteras.


haha, comel kan kan kan :P

Sampai sini saja, kerja banyak lagi bertimbun, Selamat Tinggal Duhai Blog ku


p/s : ilmiah kan entry hari ni :)

24 March 2012

A lovely trip with them

Pheuwwwwhhh, kesat kesat peluh sikit, aha ! walaupun agak penat, gigih juga jari jemari ni menari laju atas keyboard ni, 2 hari 1 malam, satu jangka masa yang singkat tapi penuh dengan kenangan

Kami mulakan perjalanan kami dengan menaiki train dari KL Sentral ke Ipoh, siapa kami tu? lupa pula nak introduce, Me as the narrator, Diyana, Sue, & the youngest one Kak Gunes ( youngest ke? haha )

Hari Pertama.

Perjalanan kami menaiki train ETS ( Electric Train Service ) yang hanya mengambil masa 2 jam setengah je bermula pada jam 11.55 pagi, tepat 2.30, kami tiba di IPOH kota bandar ku yg tercinta, ewahhhh ( love love terbang ) & dijemput oleh Mr Hero saya ! ( makin banyak love love terbang )

Sampai je dekat Ipoh, kami terus ke kolej, ada hal nak settle, lepas tu pergi kedai borong beli nyam nyam, haha..seterusnya kami bertolak ke Sitiawan

Maka bermulalah trip kami, ke pusat bandar Mr Hero saya yang best sangat tu ( ambil hati ) haha, ngeee..okay seriously your place its awesome, saja suka ejek ejek ur place dekat hujung negeri, haha, PEACE YAWWW!

Dalam pukul 5 petang, kami selamat sampai di Sitiawan, Perak.. First thing to do, check in hotel, kami tinggal di Kwest Hotel, Sitiawan. Hotel dia boleh tahan, selesa & affordable..Lepas check in, kami ronda ronda dulu sekitar Marina Island sebelum bertolak ke Pantai Teluk Batik, tapi saya, Mr Hero, & Sue tak mandi, kami tengok Diyana & Kak Gunes mandi je.. ( fobia mandi laut, takut sunburn lagi )

happy nya dorang mandi :)
coretan nama kami di pasir putih tepi pantai

yang ni pencetus love love gatal terbang, haha

Mr Hero : Mohd Zulhemi <3
loveiscintacintaisloveloveisbeatifulcintaitucantik , faham?

teluk batik :)


Acara malam diteruskan lagi ( ewahh, macam apa je, huuuu ) , waktu malam pula kami mulakan dengan jalan jalan sekitar Lumut, singgah dekat kedai kedai area situ, shopping macam lah, jalan jalan tepi laut, walaupun malam, tetap rasa best. Kemudian kami makan ramai ramai !, tak ingat pulak nama kedai tu, tapi kali ni ada exrta kerabat , selain kami & Mr Hero, pelakon tambahan untuk drama kami adalahhhhhh Mr Amir & Mr Fadz ( madu madu ku ) haha

Lepas kenyang isi perut, kami semua pergi karoeka ramai ramai, mula mula macam malu malu kuda sikit, lepas melalak 1 lagu, belang dah start naik, haha..sejam kami karoeka, & disebabkan malam makin larut, kami pun pulang ke hotel..

muka muka karoeka, tak tau napa my hidung merah =.='

Hari Kedua

Hari kedua ni pendek je, sebab kami kena balik ke Kl pukul 2.15 petang, jadi kami semua kena main kejar kejar dengan masa. Pukul 12 kami pun check out dari hotel, best tidur semalam, fuhhh lena !.. Kami singgah di rumah Mr Hero sekejap, wink wink ( blushing ) , ni tak boleh cerita dalam blog, too private, haha..

Lepas tu, kami isi perut dekat kedai mamak berdekatan dengan Taman Paya Bakau. My menu is Nasi Beriyani, sedap tapi terlalu mengenyangkan !.. Selesai mengenyangkan perut, kami ke Taman Paya Bakau yang seberang je dengan Kedai Mamak tadi

Seronok okay dekat Taman Paya Bakau tu, bagi sapa yang suka alam semula jadi & haiwan lah, kalau korang yang jenis agak hati keras batu dekat nature, maybe korang tak berapa seronok kot pergi tempat macam ni, kannnn?

am I look taller? ahaaa

ikan belacak? nampak tak?

para gadis :)


cebisan roti yang ditinggalkan di setiap tiang oleh Mr Hero untuk keluarga monyet

pandai encik monyet posing tangkap gambar :)

Dalam pukul 2 lebih, kami naik bas ke Kl, berakhir lah trip holiday kami
Sudah sampai sini je, jari jemari dah lenguh, BYE !

p/s : walau berkali kali pergi dekat area Sitiwan, Manjung, Lumut, & sekitar situ lah, tak pernah rasa jemu, rasa seronok, environment dia tenang je untuk hati ni, kenapa kah?????hmmmmm..