بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

29 March 2012

Keldai dadah?

HAALLLOOOOOOOOOW!

Nah ambik gambar keldai sekor, huuu, kesian cik keldai tiba tiba kena panah !

Apakah maksud tersirat di sebalik keldai dadah?
Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau terpedaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain.

Taktik taktik yang selalu digunakan oleh keldai dadah ni adalah dengan tiga cara ya kawan kawan, iaitu sembunyi dalam kenderaan, dalam bagasi atau pakaian, & telan.

Kenapa tiba tiba kau bercerita pasal keldai dadah ni????

haaaa, jawapan nya adalah :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

hari ni saya & kawan kawan lain ikut program Seminar Kesedaran Rakyat Mengenai Keldai Dadah.. tu yang taip entry post pasal ni haa , ngeee, ;D



Okay, back to the main story, pada pukul 11 pagi kami semua berkumpul di dalam satu kelas dalam Kolej Universiti Masterskill juga untuk menghadiri seminar berkaitan keldai dadah ni.

Antara perkara perkara yang terkandung dalam seminar ni adalah :
1) Pengenalan : Kemnterian Hal Ehwal Luar @ Kementerian Luar Negara ( KLN )
2) Fungsi KLN.
3) Statistik & Jumlah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara. ( sedikit info berkaitan ni, sejak 1991 hingga akhir November 2011 seramai 1941 orang rakyat Malaysia telah dipenjarakan di luar negara di atas kesalahan kesalahan seperti penyeludupan dadah, membunuh, pemalsuan kad kredit, jenayah komersial, permedagangan manusia & lain lain. Tapi kesalahan yang paling tinggi jumlah nya adalah najis dadah iaitu seramai 889 orang!
4) Visi KLN.
5) Misi KLN.
6) Peranan KLN dalam menjaga & menjamin rakyat Malaysia di luar negara.
7) Keldai dadah.
8) Faktor faktor yang menyebabkan seseorang menjadi Keldai Dadah. ( Sedikit info : terdpat empat faktor utama iaitu kesempitan wang, terpedaya, nafsu : tawaran hidup mewah, jerat cinta : facebook, twitter ) nasib baik blog tak de, ngeeee >.<
9) Kesan penglibatan dari aspek sosial, ekonomi, dan politik.

Banyak kan? kalau nak taip mesti penat jari jemari !

jadi untuk maklumat lanjut sila klik link ni => Kementerian Luar Negara ( KLN )

Sebelum tu, nak selit kan pantun penceramah tadi :

Pelajar Masterskill pujaan hati,
Mengejar ilmu hingga ke Cheras,
Dadah bahaya haruslah dihindari,
Keldai dadah harus dibanteras.


haha, comel kan kan kan :P

Sampai sini saja, kerja banyak lagi bertimbun, Selamat Tinggal Duhai Blog ku


p/s : ilmiah kan entry hari ni :)

0 pot pet pot pet ( komen kat sini ! ):

Post a Comment