maaf wahai blog, sekali lagi, aku akan gunakan kau sebagai medium melepaskan rasa seribu payah di hati..sekali lagi aku mohon, bagi yang terbaca post kali ini, tolong jangan buat tafsiran sendiri, ini bukan merujuk pada sesiapa, ia nya monolog hati ku sendiri, cetusan dari lubuk hati..
aku yang kerap kali terlalu lancang mulut, terlalu laju menyusun patah kata, terlalu jujur menghunus kata2 pedih, kian lumpuh, kian lemah..mungkin ada baiknya, setidak tidaknya aku tak lagi kerap kali menyakiti hati hati yang lain..tapi, bagi ku impak nya berbeza, frasa si pemerhati mematikan diri tampak tidak relevan lagi, ia kian membunuh jiwaku..
wahai hati, kau raja yang mengawal emosi, kau memonopoli minda, menakluki kotak fikiran ku, hasilnya, setiap perlakuan ku bertindak pada situasi tidak berlandaskan akal fikiran waras, malah emosi yang mengancurkan yang terhasil..tapi, mungkin bukan salah hati, hati sudah tidak dapat menahan, mungkin hati ku sudah luka, aku bukan manusia yang senang terluka, tapi kejadian yang berulang, membuat hati ini patah, tidak cukup lagi kuat menahan..
aku akur, ini karma, hari ni, aku dapat rasanya, hati hati mereka dulu, ini yang mereka rasa, ya, sesuatu yang belum pernah aku rasa sebelum ini..sejujur jujurnya, aku benci rasa ini..kegembiraan aku, sifat ceria ku, terasa seakan disentap dek perkara perkara remeh yang sepapatut nya bukan menjadi penghalang..aku mungkin rindukan sesuatu yang bagi ku telah lama hilang..
seperti yang aku sendiri dapat rasanya, kekuatan diriku dalam berterus terang selama ini telah pudar dek rasa hormat, dek rasa sayang, atas nilai sesuatu yang aku cuba pertahankan..makin kekok, makin janggal..aku cuba persetankan segala hal remeh, yang mungkin hanya aku yang memikirkan, atau mungkin hanya aku yang sibuk terasa kehilangan, tapi aku gagal..
aku bukan lagi Fieyda Azlan yang sekuat dulu..ini baru bagiku, tak pernah aku alaminya,mungkin aku anak manja yang selalu ingin setiap apa yang aku hajati, disebabkan kali ini aku gagal, aku kian jatuh dan rapuh..sudahlah,aku mungkin patut bangkit, aku tak berseorangan, sedarlah, aku sendiri yang mampu, bukan orang lain..jalani hidup kau, kau mampu fida, mampu..tersenyum dan terus tersenyum, seakan ia tidak menyakiti mu..
p/s : final exam esok, harap aku terus kuat..
Showing posts with label worst. Show all posts
Showing posts with label worst. Show all posts
13 May 2012
09 May 2012
nak gelak ke nangis ?
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak DSLR, setelah membuat perbandingan antara Nikon D3100 & Canon EOS 1100D, nikon juga menjadi pilihan..terima kasih abah , terima kasih ibu ! ngeeeee :D
seronok ! akhirnya dapat jugak, walaupun DSLR tak secanggih atau sehebat korang punya, tetap suka ! seronok ! weheee
kegembiraan berpanjangan, sehingga lah .......................................................................................................selepas pukul 8 malam
jeng jeng jeng
dengan sengaja online muka buku & dengan tak sengaja ternampak status di page Bachelor Healthcare :::::::::::::::::::::::::::::>>>> The short sem is for those who did not yet take the money sense subject.. the short sem will start on 21/05/2012 till 9/07/2012.. all student who didn't take the subject yet are compulsory to take it. the accounting subject only for student Dip In HI and Dip In Pharm. the time will be given during the exam time.. thx...
okay okay relax relax , apa nak buat ni??,tarik nafas, control control, huaaaaaa !!!! tak bolehhhhh !
Huaaaa, nak nangis guling guling, baru plan nak lepak rumah, cuti 2 bulan, jancur hancur hancur semua !!!! hati pedih pedih! nak jalan jalan langgar pokok !! , gigit peti ais !!, lompat katak depan orang ramai !!, semua semua, sakit hati, gerammmmmmmmm !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kejam nya Masterskill, nak berhenti kolej, OKAY BYE !
p/s : ibu cakap kalau berhenti kolej sebab tak boleh cuti, memang nak kena PENAMPO !, haha XP
08 April 2012
Peguam bertukar rupa menjadi VAMPIRE
Maria Jose Cristerna, berusia 36 tahun adalah seorang ibu kepada 4 orang anak yang berasal dari Guadalajara,Mexico sanggup merubah diri & rupa dia kepada vampire. Maria ni bukan lah calang calang wanita, dia dulu peguam, hebat, tapi sayang, sebab kegagalan perkahwinan pertama dia, dia tekad ubah rupa dia. Jadi Maria ni merubah diri dia sebagai protes kepada masa silam dia..Dia berkahwin dengan lelaki pertama dia seawal umur 17 tahun. Disebabkan dia selalu kena pukul dengan bekas laki dia tu, dia rasa dengan cara dia ubah diri, dapat buat dia rasa kuat & tabah. Dia juga digelar ‘Mujer Vampiro’ yang bermaksud pontianak oleh masyarakat setempat. Berani nya dia ni, bukan sahaja ada tatoo hampir 90 % badan dia, dia juga tanam titanium untuk jadi macam tanduk pada dahi,tangan, & belakang badan. Tanduk ni bagi dia konon nya melambangkan kekuatan, tatoo pula lambang kebebasan bagi dia. Dia juga tukar warna mata & tanam gigi taring, jadi baru laa real pontianak !
siapa yang ada facebook, boleh laa jenguk : Facebook Maria Jose Cristerna
gambar asal, cantik jugak kan dia sebelum ni? :)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
BERTUKAR !!!!!!!
TAKUT TAK ?! huuuu, meh kita tengok apa yang dia dah buat pada muka dia
dasyat kan?
Maria Jose Cristerna ni, sudah pun mendirikan rumah tangga semula dengan pasangan nya David Pena, macam mana agaknya si David ni boleh terima Maria, itu hanya Davis yang tahu atau mungkin inilah yang dinamakan C.I.N.T.A itu buta, (cinta tak buta, cuma manusia yg tak tahu menghargai cinta : Ombak Rindu sikit ) haha
Maria & David
siapa yang ada facebook, boleh laa jenguk : Facebook Maria Jose Cristerna
p/s : kalau ye pun frust, tak brani kot buat sampai macam ni, org putih, macam2 =.='
21 March 2012
Kepala Tersepit Pada Pintu Bas ?
wahaaaaa !, tengok tajuk macam ala2 ngeri je kan, tapi tak tahu lah kalau korang tengok macam mana, mula mula tengok, tergelak lah juga, lepas tu berkali kali tengok, timbul rasa kasihan..
CEKIDAUTTTTTTT !
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
ADUHHH ! SAKIT KOT !!!!!
TOLONG TOLONG TOLONG !!!
ADEHHHH, SAKIT LEHER DEN
ngeee, apa reaksi korang?
tak tahu lah cerita sebenar kes ni, kebetulan tengah blog walking, & terjumpa gambar gambar ni
Difahamkan kejadian dalam gambar ini berlaku di Maanshan,wilayah Anhui, China. Katanya, kes tersepit ni terjadi disebabkan si 'drebar' bas ni tak reti sabar, kelam kabut tutup pintu bas, sampai si perempuan malang ni tak sempat keluar dari bas..
Yang pelik nya, tak ada sorang pun penumpang bas tu yang tolong dia, tapi mungkin dorang tolong jerit je kot : '' Berhenti berhenti, ada kepala tersepit !..gitu laa gamak nya kannnn
Kesian kot perempuan ni, mesti dia malu gila, lepas sahaja bas tu berhenti, dia hanya gosok gosok leher dia & pergi macam tu je, dia juga tak buat apa apa aduan. SERIOUSLY, malu kot.
So, moral of the story, nak naik bas ke, train ke, LRT ke, Monorail ke, KTM ke, kereta ke, motor ke, basikal ke, jalan kaki ke, apa2 lah, sila lah berjaga jaga, mind your step, jangan sampai jadi macam kejadian ni.
p/s: macam macam kan negara China ni, pelik pelik je =.='
19 March 2012
Si Pemerhati Mematikan Diri
aduh, terasa bosan dengan semua ni, aku muak !..jelik !.. nasib si blog jadi medan aku curahkan isi hati.melihat perlakuan insan sekeliling, aku terasa sakit.. YE ! APA HAK AKU? ..aku tahu, tapi malangnya aku ada mata, dan setiap kali aku muak, mulut aku akan melafazkan ayat2 yang aku sendiri tak mampu kawal, rendahnya nilai diri aku, pantas membuat tafsiran sendiri.
jadi untuk terus elak aku dari kerap kali buat dosa kering, baik aku diam, kau jadi pemerhati saja fida, lebih baik, dari teus mengata. Aku perhatikan hidup ni ada Karma, hari ni kau mengata orang, tiba2 esok lusa, kau buat benda yg sama, kau mungkin tak perasan, tapi bagi sang pemerhati macam aku, aku jadi muak, MUAK !
hari hari esok, perlakuan sang manusia akan terus berjalan tanpa dia sendiri sedar, mungkin pemerhati macam aku saja yang akan perasan bertapa ' cartoon ' nya dia.. Ye, aku kasihan dengan kau, jadi biar aku matikan diri dari teus ketawa mengejek.. aku tahu dan aku sedar, AKU BUKAN BAGUS SANGAT, BUKAN MANUSIA YG BAIK SANGAT..tapi setidaknya aku tak jadi manusia yg acap kali mengata orang, tanpa sedari mengulangi nya sendiri, hah ! hidup macam bola, pusing2 tetap sama..
sudahlah, terima kasih blog, kau jadi kawan aku berperang dengan emosi sendiri ! tapi lebih baik dari aku terus nampak jelas kesalahan manusia lain yg hanya sebesar anak kuman, dari buta sampai tak perasan kesalahan sebesar bapak gajah yg aku buat sendiri, ADA FAHAM?
moral of the story : berhenti terus mengata orang sebab kau yg suka mengata orang akan buat / buat lebih teruk dari orang yg kau kata tu
p/s : maaf, aku bukan budak sastera, dan aku tiada latar belakang sastera, ayat aku mungkin tonggang terbalik, sampai buat korang ketawa tertonggeng.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















