بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

26 January 2012

wonderful trip

hye hye!

entry agak basi, semalam punya cerita..disebabkan faktor kepenatan, maka semalam tak mampu nak update blog..

okay back to the main story !
semalam, seronok sangat, picnik dengan mereka mereka yang tersayang ,
luv luv leb leb

ini mereka yang terlibat, dari kiri mr boyfie saya, tuan empunya belog, my bff fana, dan farhana's bf capik


lupa pulak, lokasi perkelahan kami adalah di Teluk Batik, Perak

kami bertolak dari Ipoh dalam pukul 9 pagi, dan sampai dalam pukul 11 pagi kot, tak sure lah, NGEEEE

lokasi pertama kami adalah ke rumah encik bf saya, Taman Astaka, Setiawan..first time pergi rumah, nervous tau, ketaq lutut cek, tangan pon, nasib cek pandai kaver, weeee

dapat lah jumpa si kecik yang teringin sangat nak jumpa ni, Nurdzatun Nithaqain El - Harraz, panjang kan nama, tak tau laa betul ke tak taip ni, aku panggil arasy je, comey baby girl ni, senang senyum, senang gelak, tapi susah nak dekat orang, tapi standard laa baby, mula mula nak kenal orang macam kita jugak


okay, lepas rumah encik sweetheart saya, kami bertolak pulak ke Taman Paya Bakau, jumpa kaum kerabat monyet, haha

bukan berani pun dengan monyet, aku dengan fana dah macam masuk rumah hantu je, takut semacam, haha

merayau sampai ke tepi sungai konon konon nak tengok sungai, sekali sampai ke hujung, sungai kering, air belum pasang

berjalan pulak naik jambatan gantung, elok laa sangat aku dengan fana sama sama takut naik benda tu, memang kawan baik sehati sejiwa kannnnn, so sweeeetttttttttttttttttttttttttttt !

haha, tangkap laa beberapa gambar, ini adat, tak tangkap gambar tak sah

kau kawan aku selamanya

boleh pulak buat muka cenggitu !

disebabkan perut yang terlalu lapar, kami terus ke Teluk Batik

orang tak ramai sangat,tapi dalam cuaca panas terik tu pun ramai yang mandi !

kami tak kisah dah pasal laut, perut yang penting, haha

kami apa lagi terus pasang khemah, bentang tikar, standby makan berbekal kan nasi goreng air tangan aku, dan sanwiches air tangan capik, ini lah santapan pickik kami, weeeeee

lepas isi perut, kami tunggu lah kejap konon - konon nak tunggu redup baru mandi, tapi sebab lambat sangat redah jela mandi

seronok sangat sangat sangat sangat ( maknanya sangat seronok lah ini )


masa ini dah tak kisah dah matahari, yang penting mandi puas puas, haha

dalam pukul 5 petang kami berhenti mandi, sebelum balik, sempat lagi tu tangkap gambar, acara wajib kan, teng teng trengggg

penat tak terkata, hantar encik bf saya dulu balik rumah, lepas tu terus balik Ipoh

kesian Fana & Capik gilir gilir bawak kereta balik, dah la penat, mengantuk pulak tu, sorry lah aku tak reti bawak kereta auto :P

dalam pukul 8 lebih, kami sampai Ipoh

malam semalam, fuhhh, tidur lena, penat sangat gayanya !

bangun je pagi, ambik kau !, muka hitam legam, jenuh laaa, nak pulih balik, tula mandi tak sedar diri lagi, wihiiiiii

apa apa pun, jutaan terima kasih pada kalian yang terlibat, thanks for completing my life..

buat Mohd Zulhelmi, Nurul Farhana, Shafiq ( aku lupa eja nama kau, haha ) berjuta terima kasih untuk korang

B musyuk, awak yang terbaik buat saya pelengkap hidup yang sempurna di mata dan hati saya, Fana senget kau kawan aku dunia akhirat tak kan dapat aku tukar ganti kawan macam kau, Capikk errr kau dikira agak perlu dalam cerita ni untuk memeriah kan keadaan sekaligus jadi pelindung untuk kawan dunia akhirat aku tu, TERIMA KASIH AWAK AWAK SEMUA SEBAB BUAT SAYA HAPPY TAW TAW TAW ! hehe


HABIS SUDAH !
BYEBYE

09 January 2012

adek kicik saya sudah besar


hauloooowww !

hari yang biasa dilalui oleh insan insan biasa dengan biasa biasa sahaja
 ( banyak nya biasa )

hari ni adik kicik @ adik bongsu ku masuk asmara asrama buat pertama kali nya, form 1 adik oiiiii !

mira azlan, si kecik gedik mangade yang kadang sangat annoying, tapi secara jujur, aku sayang kau adik

SMK Raja Permaisuri Bainun, ini rumah baru dia

( asrama perempuan ( blok sebelah ) )

bilik baru :) , ganti bilik kita yang bersepah tonggang langgang

katil adik, okay yang ni sangat jelous, mana aci selimut pink :'(

alahaii, tak yakin nak bagi adik masuk asrama, kecik sangat rasanya..tapi tabahnya ibu, rela biarkan adik pergi..

kasih ibu :)

ibu cakap tadi : ibu mana yang tak sedih bila anak dia duduk jauh, amira tu satu apah pun tak tahu, tapi biar dia berdikari..

adik aku manja ya amat, bongsu kan, aku yang sulung pun tak macam sulung, ni pulak yang bongsu..ibu menangis, aku tahu sebak sedih dia rasa, adik rapat dengan dia, kemana je ibu pergi, mesti dia menyempit..

abah nampak cool, tapi siapa tahu hati dia kan? abah hero yang hebat :) duit jangan cakap lah, macam air mengalir laju, berhabis untuk buka sekolah ni, tapi abah cool je, dah memang tanggungjawab dia, mungkin itu yang dia fikir..abah cakap, nanti kalau adik dapat MRSM, kita tukar sekolah, alahaiii, duit lagi, tapi abah relax je, duit boleh cari, katanya :) 

setabah tabah ibu, dulu mula mula aku masuk asrama, menangis jugak dia beberapa minggu lepas aku masuk, nak masak makanan favourite aku pun dia tak sanggup..

abah yang hero pun, masa mula mula dulu selalu mengigau panggil nama aku setiap kali balik kerja, aku yang rajin & kerap buka pintu untuk dia..

( ini gambar dekat kelantan hari tu, selitkan jugak, walaupun muka aku macam j%#kdyj*, huhu )

ni kan pulak anak bongsu diaorang, sebak pulak menaip ni..

apa gaknya adik buat sekarang :) dah lah basuh baju pun tak reti, iron baju pun tak reti, tak tahu lah apa yang si kecik ni reti, hope adek dapat survive, belajar berdikari sendiri..jangan jadi macam aku, hari first masuk asrama, suruh ibu datang, masa tu dah umur 18 dah pun, mengada je!

sampai sekarang, da besar panjang pun, pantang cuti, mesti balik rumah, masa study dekat, tiap tiap minggu bali, study jauh ni apa ntah lagi, cuti memang tak lekat lah dekat KL

membebel panjang lagi hari ni, kagum dengan ibu, kagum dengan abah, semangat untuk aku terus hidup, semangat untuk terus happy kan diaorang, pengorbanan ibu & abah yang tak kan dapat aku & adik2 balas

03 January 2012

15 Kek Paling Pelik

hai hai

hari tu post pasal kasut, memandangkan tadi saya baru makan kek ' soft brownie ', terasa pulak macam nak post pasal KEK !

 
AMARAN !
jangan teruskan jika korang lemah semangat, takut nanti tak lalu nak makan 3 minggu pulak, ngeeee

Ready ??? Jom !

*


*


*


*


*


*


*


*


1) kek mesin jahit ! unik unik

2) gigi ? haha , cool sangat kan !


3) burung mati, eerrgghhhhh ! kek macam ni pon ado !

4) kek anjing


5) huaarrgghhhhh, zombie, otakkkkk !


6) okay, yang ni tak senonoh okay !

7) alalaaaaa, comel laa awak ni, tak sampai hati nak makan



8) kek octopus ! ganas !


9) tangan putus ! , eeeyooooo


10) cun kan kek kahwin macam ni, nak jugak ! , weeeeeee


11) okay, geram tengok mata mata semua tu !, rasa nak korek korek, hempok hempok ( ! )


12) kek kepala orang, seram


13) errghhhh, tengkorak !

14) geli sangat tengok kek yang ni, siap ada cacing, eeuwwwww !!


15) yang ni lah kek paling pelik, ngeri, seram, geli, jijik, okay bye pengsan 5 saat

BEST TAK ? haha, agak korang sanggup tak nak makan kek kek macam ni? weheeee
for me, tak sanggup lah, lagi lagi kek baby tu, macam mana lah nak potong, nak makan lagi, errrrr, entahlaa, macam macam, tapi semua ni kretif, si pereka kek dan si pembuat kek patut diberi kredit, Bravo Bravo !

sampai sini je, The End BYE BYE


02 January 2012

Shoutbox Yang Simple


okay, pada korang yang suka simple, boleh try shoutbox ni!

senang okay, tak perlu register

tapi tak la secantik shoutbox korang :)

nak tak? kalau nak klik ni shoutbox

lepas tu copy yang HTML code tu

dah copy? pandai, sekarang klik design dekat blog korang

klik add a gadget

klik Html/JavaScript , dan paste dekat dalam tu

last sekali, klik save

DONE ! cepat senang mudah

centerkan header blog

apa ! , header korang senget? errrrr, saya pun pernah, weeeee

selepas 'berhempas pulas' edit header, apa lagi dengan penuh excited serta konfiden korang upload header korang, tup tupp , cehhh SENGET !


RELAX RELAX, take a deep breath okay


ikut step simple ni

1) sign in blog korang yang cun melecun tu

2) click design

3) click template designer

4) click advance

5) click add CSS

setakat ni okay tak?

6) okay, lepas tu copy code ni



#header {
margin: 0px 0px 0px 0px;
padding: 0px 0px 0px 0px;
text-align: center;
}

7) paste dekat column add custom CSS tu, yang highlight merah tu boleh ditukar ikut kesesuaian blog korang, tapi untuk blog ni, saya guna 55px untuk centerkan header, up to korang lah nak tukar berapa okay

8) finally, agak agak korang dah puas hati, click lah apply to blog, back to blogger then DONE!

senang je kan?

okay, bye bye, ini tutorial pertama saya, segala kesulitan amat dikesali, peace yawww !

01 January 2012

Koleksi Kasut Pelik & Unik


terasa boring sangat hari, so, google punya google, terjumpa lak 1 gambar pelik, then fikir punya fikir, tuppp, kringggg, datang idea nak post pasal kasut! , ye kasut


Jeng Jeng Jeng ! ngeeee
Mempersembahkan !

*

*

*

*

*

*

*

*


lego ? creative kan? :)



ni pulak ada payung, senang lah kalau keluar jalan kalau hujan >.<



selipar ikan ? hanyir je rupa nya! haha


pisang pun jadi kasut, kesiannnnnn


okay yang ni sumpah geli, euuwwwww !


lawa kan ni ? love luv leppp gitu, pakai pegi date pon lawa !
ohoiii, tangga weyh ! unik (n_n)



yang ni nak masuk kaki pun takut

candy shoes, nampak manissssssssssssssssssssssssssss

kaki kuda, kesian cik kuda, kaki kena tiru



bagi 10 ribu pun, tak nak pakai kasut ni, geli geleman !
cantik kan? macam jug tertumpah coklat..ehh kopi ? ehh, apa2 lah


cantik !



yang ni cool !, boleh simpan barang


tapi dalam banyak2 , ni lah yang paling cool, kasut selipar botol !

pelik tapi unik kan? heeee, thats all !