بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

04 March 2015

RAHSIA SANG BIDADARI?

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

24 March 2012

A lovely trip with them

Pheuwwwwhhh, kesat kesat peluh sikit, aha ! walaupun agak penat, gigih juga jari jemari ni menari laju atas keyboard ni, 2 hari 1 malam, satu jangka masa yang singkat tapi penuh dengan kenangan

Kami mulakan perjalanan kami dengan menaiki train dari KL Sentral ke Ipoh, siapa kami tu? lupa pula nak introduce, Me as the narrator, Diyana, Sue, & the youngest one Kak Gunes ( youngest ke? haha )

Hari Pertama.

Perjalanan kami menaiki train ETS ( Electric Train Service ) yang hanya mengambil masa 2 jam setengah je bermula pada jam 11.55 pagi, tepat 2.30, kami tiba di IPOH kota bandar ku yg tercinta, ewahhhh ( love love terbang ) & dijemput oleh Mr Hero saya ! ( makin banyak love love terbang )

Sampai je dekat Ipoh, kami terus ke kolej, ada hal nak settle, lepas tu pergi kedai borong beli nyam nyam, haha..seterusnya kami bertolak ke Sitiawan

Maka bermulalah trip kami, ke pusat bandar Mr Hero saya yang best sangat tu ( ambil hati ) haha, ngeee..okay seriously your place its awesome, saja suka ejek ejek ur place dekat hujung negeri, haha, PEACE YAWWW!

Dalam pukul 5 petang, kami selamat sampai di Sitiawan, Perak.. First thing to do, check in hotel, kami tinggal di Kwest Hotel, Sitiawan. Hotel dia boleh tahan, selesa & affordable..Lepas check in, kami ronda ronda dulu sekitar Marina Island sebelum bertolak ke Pantai Teluk Batik, tapi saya, Mr Hero, & Sue tak mandi, kami tengok Diyana & Kak Gunes mandi je.. ( fobia mandi laut, takut sunburn lagi )

happy nya dorang mandi :)
coretan nama kami di pasir putih tepi pantai

yang ni pencetus love love gatal terbang, haha

Mr Hero : Mohd Zulhemi <3
loveiscintacintaisloveloveisbeatifulcintaitucantik , faham?

teluk batik :)


Acara malam diteruskan lagi ( ewahh, macam apa je, huuuu ) , waktu malam pula kami mulakan dengan jalan jalan sekitar Lumut, singgah dekat kedai kedai area situ, shopping macam lah, jalan jalan tepi laut, walaupun malam, tetap rasa best. Kemudian kami makan ramai ramai !, tak ingat pulak nama kedai tu, tapi kali ni ada exrta kerabat , selain kami & Mr Hero, pelakon tambahan untuk drama kami adalahhhhhh Mr Amir & Mr Fadz ( madu madu ku ) haha

Lepas kenyang isi perut, kami semua pergi karoeka ramai ramai, mula mula macam malu malu kuda sikit, lepas melalak 1 lagu, belang dah start naik, haha..sejam kami karoeka, & disebabkan malam makin larut, kami pun pulang ke hotel..

muka muka karoeka, tak tau napa my hidung merah =.='

Hari Kedua

Hari kedua ni pendek je, sebab kami kena balik ke Kl pukul 2.15 petang, jadi kami semua kena main kejar kejar dengan masa. Pukul 12 kami pun check out dari hotel, best tidur semalam, fuhhh lena !.. Kami singgah di rumah Mr Hero sekejap, wink wink ( blushing ) , ni tak boleh cerita dalam blog, too private, haha..

Lepas tu, kami isi perut dekat kedai mamak berdekatan dengan Taman Paya Bakau. My menu is Nasi Beriyani, sedap tapi terlalu mengenyangkan !.. Selesai mengenyangkan perut, kami ke Taman Paya Bakau yang seberang je dengan Kedai Mamak tadi

Seronok okay dekat Taman Paya Bakau tu, bagi sapa yang suka alam semula jadi & haiwan lah, kalau korang yang jenis agak hati keras batu dekat nature, maybe korang tak berapa seronok kot pergi tempat macam ni, kannnn?

am I look taller? ahaaa

ikan belacak? nampak tak?

para gadis :)


cebisan roti yang ditinggalkan di setiap tiang oleh Mr Hero untuk keluarga monyet

pandai encik monyet posing tangkap gambar :)

Dalam pukul 2 lebih, kami naik bas ke Kl, berakhir lah trip holiday kami
Sudah sampai sini je, jari jemari dah lenguh, BYE !

p/s : walau berkali kali pergi dekat area Sitiwan, Manjung, Lumut, & sekitar situ lah, tak pernah rasa jemu, rasa seronok, environment dia tenang je untuk hati ni, kenapa kah?????hmmmmm..

15 March 2012

Happy Birthday Fana

Happy Birthday to you
You born in the zoo
With monkey and kangaroo
Happy Birthday to you

haha, ngeeee >.<

Selamat Hari Tua kawan, sorry aku busy, terlupa nak wish kau, tapi jangan risau kau tetap kawan terbaik aku sampai bila2

Hadiah nanti laaa aku bagi, tunggu aku balik cuti nanti

Semoga kau makin panjang umur, makin murah rezeki, jangan lupa gaji tu kalau dapat belanja aku taw, dalaa gaji first kau tak belanja se sen pun kawan baik kau ni, haha

& terus berbahagia disamping family & capik yg kau sayangi ( jangan lupa aku )

sila kahwin cepat, nanti dapat baby, aku boleh main :)

haha, sebelum aku merepek makin panjang, sekali lagi, Happy 22 Birthday Nurul Farhana Zakaria
aku sayang kau sampai bila bila, take note !

bye :)

07 March 2012

ciri ciri lelaki yang perempuan suka

1) pandai buat lawak
para gadis ni senang tertarik dengan pak pak lawak, sebab lelaki spesis macam ni pandai buat perempuan rasa happy dan sentiasa tersenyum setiap kali keluar sama2, so tak la rasa stress setiap kali jumpa :)



2) hormat orang yang lebih tua
selalu lelaki suka bila perempuan pandai & tahu hormat orang tua especially mak ayah dia, same goes to perempuan, perempuan suka kalau lelaki pun tahu cara cara nak hormat orang tua, baru senang nak pikat & ambil hati mak ayah mentua. Kalau da dapat restu, yakni mak ayah mentua sayang kita, baru la senang nak dapat restu sekaligus bahagia sepanjang hayat, wahhhhh :")

( gambar ihsan dari pakcik google )

3) tidak ego
lelaki yang ego ni adalah spesis lelaki yang paling perempuan menyampah, memang la para gadis pun ada ego, tapi rasanya, lelaki lagi kuat kot, I'm not saying this because I am a girl, but I think it was fact, mesti ramai perempuan yang setuju, adakala nya lelaki ni tahu dia yang salah, tapi disebabkan ego lagi keras dari iceberg yang kapal titanic tu langgar, makanya dia tak kan mengaku salah, so jauhkan lah sifat ego melampau ni.
4) tidak berkira
tak berkira ? kira apa ? weheeee, maksudnya lelaki tu tak kedekut. Bayangkan kata kan lah si gadis ni mintak tolong beli choki choki yang harga 20 sen 1 tu, lepas tu boleh pula yang si lelaki tu klim 20 sen, tak ke berkira namanya tu..tu memang spesis lelaki yang nak kena hempuk.

5) sweet & romantik
lelaki yang sweet talker ni kadang comel juga, tapi kalau terlebih sweet, ada potensi nak jadi mamat si kaki mengayat / playboy. Tapi lelaki spesis ni la lelaki yang paling senang buat perempuan cair & tertarik. Tapi tak semesti nya lelaki yang tak pandai bagi ayat2 sweet tu tak ada hati, maybe dorang tak pandai nak tunjuk rasa sayang :)



6) hormat, memahami, & tidak mengongkong
lelaki yang hormat perempuan akan senang nak faham perangai perempuan tu sendiri. Dengan rasa hormat, lelaki tak kan suka hati atau senang senang nak memaksa perempuan, perempuan ni tak suka kena desak. Perempuan lagi suka kalu lelaki dapat faham sensitiviti dia, Almaklumlah jiwa kami lembut :") Jangan sesekali jadi lelaki yang suka mengongkong, buat tu tak boleh, ni tak boleh, keluar sana tak boleh, sini tak boleh, kawan dengan orang ni tak boleh, orang tu boleh, ada jela tak kena, NO NO NO, okay.



7) suka kanak kanak
laki yang suka kanak kanak ni nampak jelas perwatakan penyayang dia, tahu tak laki nampak comel bila bawak budak kecil jalan2, laki yang pegang baby pun nampak sangat comel !.



8) tidak panas baran
okay ini paling kena jaga, panas baran, sangat tak digemari oleh kaum hawa. Orang yang panas baran ni kadang kadang tak boleh kontrol diri sendiri, sampai mungkin tak endah perasaan orang lain. Lelaki macam ni adalah lelaki yang paling perempuan benci, lelaki yang lebih tenang dan cool, nampak lebih macho di mata perempuan.



9) caring & alert !
Lelaki yang caring akan buat perempuan rasa diri dia sangat disayangi dan dihargai. Ambil berat hal pasangan, sentiasa alert dengan tarikh tarikh penting, & selalu ada dengan pasangan. Walau busy macam mana pun, just text a few message pun dah cukup buat perempuan rasa yang lelaki tu ada dengan dia.


10) mesti ada IMAN wahai para lelaki
ni yang paling penting, seorang lelaki tu kena ada asas agama yang kukuh. Almaklumlah lelaki akan bakal jadi pemimpin keluarga, pembimbing isteri dan anak, sekaligus imam buat keluarga :) Alunan ayat Al-Quran yang dilafaz oleh si lelaki dah cukup merdu untuk pendengaran seorang perempuan. Perfect iman, perfect lah family. Tahu tak waktu bila lelaki nampak sangat comel, macho, manis, suci, ahaaa, time ambil wuduk, dengan muka yang basah dengan air wuduk !



_________________________________________________

ini mungkin pendapat sesetengah perempuan, mungkin setiap perempuan ada pandangan tersendiri, tapi yang penting, tak perlu wajah sempurna, handsome, comel, macam Leonardo D Caprio, cukup lah kalau dia ada budi pekerti yang baik, tanggungjawab tu penting, bukan saja untuk diri sendiri, tapi juga untuk keluara yang bakal dibina :)

SEKIAN


p/s : matang betul post aku kali ni :P