بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

09 January 2012

adek kicik saya sudah besar


hauloooowww !

hari yang biasa dilalui oleh insan insan biasa dengan biasa biasa sahaja
 ( banyak nya biasa )

hari ni adik kicik @ adik bongsu ku masuk asmara asrama buat pertama kali nya, form 1 adik oiiiii !

mira azlan, si kecik gedik mangade yang kadang sangat annoying, tapi secara jujur, aku sayang kau adik

SMK Raja Permaisuri Bainun, ini rumah baru dia

( asrama perempuan ( blok sebelah ) )

bilik baru :) , ganti bilik kita yang bersepah tonggang langgang

katil adik, okay yang ni sangat jelous, mana aci selimut pink :'(

alahaii, tak yakin nak bagi adik masuk asrama, kecik sangat rasanya..tapi tabahnya ibu, rela biarkan adik pergi..

kasih ibu :)

ibu cakap tadi : ibu mana yang tak sedih bila anak dia duduk jauh, amira tu satu apah pun tak tahu, tapi biar dia berdikari..

adik aku manja ya amat, bongsu kan, aku yang sulung pun tak macam sulung, ni pulak yang bongsu..ibu menangis, aku tahu sebak sedih dia rasa, adik rapat dengan dia, kemana je ibu pergi, mesti dia menyempit..

abah nampak cool, tapi siapa tahu hati dia kan? abah hero yang hebat :) duit jangan cakap lah, macam air mengalir laju, berhabis untuk buka sekolah ni, tapi abah cool je, dah memang tanggungjawab dia, mungkin itu yang dia fikir..abah cakap, nanti kalau adik dapat MRSM, kita tukar sekolah, alahaiii, duit lagi, tapi abah relax je, duit boleh cari, katanya :) 

setabah tabah ibu, dulu mula mula aku masuk asrama, menangis jugak dia beberapa minggu lepas aku masuk, nak masak makanan favourite aku pun dia tak sanggup..

abah yang hero pun, masa mula mula dulu selalu mengigau panggil nama aku setiap kali balik kerja, aku yang rajin & kerap buka pintu untuk dia..

( ini gambar dekat kelantan hari tu, selitkan jugak, walaupun muka aku macam j%#kdyj*, huhu )

ni kan pulak anak bongsu diaorang, sebak pulak menaip ni..

apa gaknya adik buat sekarang :) dah lah basuh baju pun tak reti, iron baju pun tak reti, tak tahu lah apa yang si kecik ni reti, hope adek dapat survive, belajar berdikari sendiri..jangan jadi macam aku, hari first masuk asrama, suruh ibu datang, masa tu dah umur 18 dah pun, mengada je!

sampai sekarang, da besar panjang pun, pantang cuti, mesti balik rumah, masa study dekat, tiap tiap minggu bali, study jauh ni apa ntah lagi, cuti memang tak lekat lah dekat KL

membebel panjang lagi hari ni, kagum dengan ibu, kagum dengan abah, semangat untuk aku terus hidup, semangat untuk terus happy kan diaorang, pengorbanan ibu & abah yang tak kan dapat aku & adik2 balas

2 comments:

  1. Memang ler sedih anak nak ditinggal di asrama sorang-sorang pulak tu, dah la baru nak masuk 13 tahun.
    Anak MS pun baru jer masuk tahun 1 tapi sedih jugak fikirkan dia time rehat, sebelum ini tadika ada disediakan makan. Karang lapar pulak sebab belum pandai guna duit lagi.

    ReplyDelete
  2. huhu, betul tu, dah la ni adik bongsu, tersa macam kecik sangat

    ReplyDelete