بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

10 June 2012

CAMERON HIGHLAND VS KUALA GULA

weheee, hello u olssss..tajuk versus bukan lah untuk membuat bandingan antara kedua dua tempat percutian..sekadar ingin berkongsi kisah percutian, wuhuu, ayat memang tak bole bla..

walaupun tak dapat cuti sem break 2 bulan, alhamdulillah, dapat juga holiday macam sem break yang lepas..tapi bukan lah ambil masa yang lama..

1) Cameron Highland.

Kami pergi secara mengejut, huhu..secara tiba2 my aunty and her husband ajak ikut pergi Cameron, jadi kesempatan ni weh, kami ikut lah..kami pergi balik hari je, almaklumlah jarak antara Ipoh & Cameron tak jauh mana..seronok sebenarnya dapat pergi Cameron, lama dah nak pergi, tapi ibu tak nak sebab dah banyak kali pergi..kui kui kui..tapi dia terpaksa pergi jugak!

kami bertolak dalam pukul 11 pagi & balik Ipoh lebih kurang pukul 10 malam..






malas nak upload banyak banyak gambar, sila jenguk ke Facebook Saya : Cameron Highland




2) Kuala Gula Santuary Resort.

Pada awal nya kami sekeluarga bercadang nak ke Tasik Banding pada 1 hingga 3 Jun, tapi tak jadi sebab abah tak dapat cuti..tapi alhamdulillah kebetulan abah off day hari khamis lepas, jadi kami ambik peluang jalan jalan..sebab tak dapat pergi Banding, kami pergi la Kuala Gula..

Kami sekeluarga pergi dengan keluarga my aunty sekali..ramai2 baru gempak !..hasrat hati nak tengok burung2, tapi tak banyak sebab belum musim dia, kalau nak tengok banyak burung, kena tunggu hujung tahun..

Kami booking family room, tapi pihak resort tersilap, tercancel booking kami, jadi disebabkan semua bilik penuh, pihak resort terpaksa tebus silap dorang dengan bagi dorm @ asrama untuk kami tinggal..tapi okay la jugak, tetap puas hati..lagi untung sebab dapat bilik lagi besar & murah, haha

Buat pertama kalinya, aku belajar memancing & boleh tahan okay, dapat 4 ekor ikan, 2 ikan duri, 2 ikan gelama :)





ikan belacak !

 ikan duri

ikan jenahak







 I really love the view there !..itu sahaja, kalau nak tengok gambar yg lain, sila ke Facebook Saya : Kuala Gula


Selamat Tinggal, tangan sudah penat menaip, kemalasan mengusai diri




p/s : Next trip to Genting Highland, insyaAllah.

13 May 2012

hati emosi fikiran

maaf wahai blog, sekali lagi, aku akan gunakan kau sebagai medium melepaskan rasa seribu payah di hati..sekali lagi aku mohon, bagi yang terbaca post kali ini, tolong jangan buat tafsiran sendiri, ini bukan merujuk pada sesiapa, ia nya monolog hati ku sendiri, cetusan dari lubuk hati..

aku yang kerap kali terlalu lancang mulut, terlalu laju menyusun patah kata, terlalu jujur menghunus kata2 pedih, kian lumpuh, kian lemah..mungkin ada baiknya, setidak tidaknya aku tak lagi kerap kali menyakiti hati hati yang lain..tapi, bagi ku impak nya berbeza, frasa si pemerhati mematikan diri tampak tidak relevan lagi, ia kian membunuh jiwaku..

wahai hati, kau raja yang mengawal emosi, kau memonopoli minda, menakluki kotak fikiran ku, hasilnya, setiap perlakuan ku bertindak pada situasi tidak berlandaskan akal fikiran waras, malah emosi yang mengancurkan yang terhasil..tapi, mungkin bukan salah hati, hati sudah tidak dapat menahan, mungkin hati ku sudah luka, aku bukan manusia yang senang terluka, tapi kejadian yang berulang, membuat hati ini patah, tidak cukup lagi kuat menahan..

aku akur, ini karma, hari ni, aku dapat rasanya, hati hati mereka dulu, ini yang mereka rasa, ya, sesuatu yang belum pernah aku rasa sebelum ini..sejujur jujurnya, aku benci rasa ini..kegembiraan aku, sifat ceria ku, terasa seakan disentap dek perkara perkara remeh yang sepapatut nya bukan menjadi penghalang..aku mungkin rindukan sesuatu yang bagi ku telah lama hilang..

seperti yang aku sendiri dapat rasanya, kekuatan diriku dalam berterus terang selama ini telah pudar dek rasa hormat, dek rasa sayang, atas nilai sesuatu yang aku cuba pertahankan..makin kekok, makin janggal..aku cuba persetankan segala hal remeh, yang mungkin hanya aku yang memikirkan, atau mungkin hanya aku yang sibuk terasa kehilangan, tapi aku gagal..

aku bukan lagi Fieyda Azlan yang sekuat dulu..ini baru bagiku, tak pernah aku alaminya,mungkin aku anak manja yang selalu ingin setiap apa yang aku hajati, disebabkan kali ini aku gagal, aku kian jatuh dan rapuh..sudahlah,aku mungkin patut bangkit, aku tak berseorangan, sedarlah, aku sendiri yang mampu, bukan orang lain..jalani hidup kau, kau mampu fida, mampu..tersenyum dan terus tersenyum, seakan ia tidak menyakiti mu..



p/s : final exam esok, harap aku terus kuat..

09 May 2012

nak gelak ke nangis ?

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak DSLR, setelah membuat perbandingan antara Nikon D3100 & Canon EOS 1100D, nikon juga menjadi pilihan..terima kasih abah , terima kasih ibu ! ngeeeee :D
seronok ! akhirnya dapat jugak, walaupun DSLR tak secanggih atau sehebat korang punya, tetap suka ! seronok ! weheee


kegembiraan berpanjangan, sehingga lah .......................................................................................................selepas pukul 8 malam
jeng jeng jeng

dengan sengaja online muka buku & dengan tak sengaja ternampak status di page Bachelor Healthcare :::::::::::::::::::::::::::::>>>> The short sem is for those who did not yet take the money sense subject.. the short sem will start on 21/05/2012 till 9/07/2012.. all student who didn't take the subject yet are compulsory to take it. the accounting subject only for student Dip In HI and Dip In Pharm. the time will be given during the exam time.. thx...

 
okay okay relax relax , apa nak buat ni??,tarik nafas, control control, huaaaaaa !!!! tak bolehhhhh !


Huaaaa, nak nangis guling guling, baru plan nak lepak rumah, cuti 2 bulan, jancur hancur hancur semua !!!!  hati pedih pedih! nak jalan jalan langgar pokok !! , gigit peti ais !!, lompat katak depan orang ramai !!, semua semua, sakit hati, gerammmmmmmmm !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kejam nya Masterskill, nak berhenti kolej, OKAY BYE !



p/s : ibu cakap kalau berhenti kolej sebab tak boleh cuti, memang nak kena PENAMPO !, haha XP

08 April 2012

Peguam bertukar rupa menjadi VAMPIRE

Maria Jose Cristerna, berusia 36 tahun adalah seorang ibu kepada 4 orang anak yang berasal dari Guadalajara,Mexico sanggup merubah diri & rupa dia kepada vampire. Maria ni bukan lah calang calang wanita, dia dulu peguam, hebat, tapi sayang, sebab kegagalan perkahwinan pertama dia, dia tekad ubah rupa dia. Jadi Maria ni merubah diri dia sebagai protes kepada masa silam dia..Dia berkahwin dengan lelaki pertama dia seawal umur 17 tahun. Disebabkan dia selalu kena pukul dengan bekas laki dia tu, dia rasa dengan cara dia ubah diri, dapat buat dia rasa kuat & tabah. Dia juga digelar ‘Mujer Vampiro’ yang bermaksud pontianak oleh masyarakat setempat. Berani nya dia ni, bukan sahaja ada tatoo hampir 90 % badan dia, dia juga tanam titanium untuk jadi macam tanduk pada dahi,tangan, & belakang badan. Tanduk ni bagi dia konon nya melambangkan kekuatan, tatoo pula lambang kebebasan bagi dia. Dia juga tukar warna mata & tanam gigi taring, jadi baru laa real pontianak !


gambar asal, cantik jugak kan dia sebelum ni? :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
BERTUKAR !!!!!!!






TAKUT TAK ?! huuuu, meh kita tengok apa yang dia dah buat pada muka dia

dasyat kan?

Maria Jose Cristerna ni, sudah pun mendirikan rumah tangga semula dengan pasangan nya David Pena, macam mana agaknya si David ni boleh terima Maria, itu hanya Davis yang tahu atau mungkin inilah yang dinamakan C.I.N.T.A itu buta, (cinta tak buta, cuma manusia yg tak tahu menghargai cinta : Ombak Rindu sikit ) haha

Maria & David

(klik gambar untuk zoom)

one happy family at home !

siapa yang ada facebook, boleh laa jenguk : Facebook Maria Jose Cristerna


p/s : kalau ye pun frust, tak brani kot buat sampai macam ni, org putih, macam2 =.='

07 April 2012

gambar masuk majalah?

wwitt witttt ( kembang kembang hidung )

drama sebabak, lokasi : Leisure Mall Cheras ( Kedai Buku Popular )

Di ruangan majalah..

yani : tengok majalah Lisa lah, mana tau ada gambar korang ( belek belek majalah dengan muka cool )
fida : hmmmmm ( takde respon, khusyuk belek majalah Jelita ( Yuna jadi cover girl kot, dalam siap ada isu best, trend hijab sekarang )
yani : ( khusyuk )

Beberapa minit kemudian..

yani : haaa, I told u, tengok ada gambar korang !
fida : mana mana ?!! ( dengan muka excited )
yani : ni haaa
fida : wahhh, nak beli nak beli ! ( sengeh sengeh macam cempedak goreng )
yani : tadi tak nak tengok, sekarang nak beli pulak ! =.='    <= muka yani macam ni, haha
fida : heheehee, ( sengeh lagi, terus pergi kaunter, tak kisah kena beratur panjang )


Majalah Lisa, RM 3.50 sahaja, murah dan awesome !

spot me ! si pendek !
muka selebeh balik dari kelas, ye ye saya yang berbaju kurung itu :')
 
 
 
 
p/s : kecoh je kan, heboh masuk majalah, haha..ekau raso bonci ko syg, alahaiiii,ekau ta suko, poie sano, jgn poduli eden, poie poie ! haha, just kidding, peace no war ! ;D